Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2012

Pelantikan Jawatankuasa Baru Tahun 2011/2012

Pelantikan Jawatankuasa Baru Tahun 2011/2013 telah diadakan pada 19 September 2011 didewan IOI Parm Villa Resort dan seramai 12 orang kakitangan LPNM telah dipilih untuk mengisi jawatankuasa ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa sebelum ini kerana telah menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tempoh 2009/2011 termasuklah Sukan Tani MOA.

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa baru yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah. Semoga jawatankuasa baru akan dapat membuat penambahbaikan yang positif sepanjang tahun 2011/2013.

Berikut adalah senarai jawatankuasa baru bagi tahun 2011/2013:-

Pengerusi
Onn Abdul Shukor bin Tahiruddin

Timbalan Pengerusi
Rosmizam bin Md Yusof

Setiausaha
Mohd Esa bin Bachok

Timbalan Setiausaha
Norasikin binti Ibrahim

Bendahari
Azrizul bin Mizlan

Timbalan Bendahari
Shellie Shaprinaz binti Shaari

Exco Ekonomi
Wan Mohd Adiasrol bin Wan Hussain

Exco Komunikasi Koporat
Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof

Exco Kebajikan
Hj. Musliman bin Tasim

Exco Rekreasi
Nazaiful Azdi bin Rahman

Exco Sukan
Muhammad Fauzan bin Mohd (Lelaki)
Lizawati binti Mohd Isa (Wanita)

Jumaat, 23 Julai 2010

Makluman Tentang Aktiviti Riadah Tetap (Mingguan) Kelab Sukan LPNM Tahun 2010

Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 bertarikh 12 Oktober 2009 telah bersetuju bahawa setiap anggota LPNM adalah secara automatik merupakan ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM. Dengan itu setiap ahli telah diputuskan untuk membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 melalui potongan gaji bulanan.

TUJUAN:
  • merapatkan silaturrahim
  • menjadikan program riadah ini sebagai salah satu dari aktiviti tahunan kelab.
  • meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental.
  • memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan semua anggota.
OBJEKTIF:
  • meningkatkan tahap kesihatan dan kercerdasan.
  • membuka minda semua untuk lebih terbuka.
  • memperolehi kesedaran bertapa pentingnya semangat kesukanan di kalangan penjawat awam.

Aktiviti yang di jalankan bermula Mei 2010 :

1. Aktiviti Aerobik (4 kali sebulan)
Hari : Rabu/Khamis
Masa : 4 hingga 5 petang / 8 hingga 9 pagi
Lokasi : Perkarangan ibu pejabat LPNM

2. Aktiviti Permainan Bowling (terbuka untuk anggota wanita sahaja) 1 kali sebulan

Hari : Jumaat
Masa : 12.30 tengahari hingga 2.15 petang
Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Angsana JB



PESERTA YANG TERLIBAT SEPANJANG AKTIVITI:

Aerobik :
Bulan Mei
sesi pertama : 7 mei 2010 = 12 orang
sesi kedua : 14 mei 2010 = 14 orang
sesi ketiga : 21 mei 2010 = 15 orang

Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 16 orang
sesi kedua : 11 jun 2010 = 10 orang
sesi ketiga : 18 jun 2010 = 12 orang

Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 9 orang


Bowling:
Bulan Mei
sesi pertama : 14 mei 2010 = 18 orang

Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 21 orang
sesi kedua : 17 jun 2010 = 10 orang

Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 13 orang