Jumaat, 6 Januari 2012

Pengurusan PIC LPNM Pontian oleh Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM

Exco Ekonomi ingin memaklumkan bahawa permohonan Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM (KSKLPNM) untuk menguruskan bangunan PIC Pontian telah mendapat kata persetujuan daripada pihak pengurusan LPNM merujuk kepada Mesyuarat Pagi Bil. 1 Tahun 2012 bertarikh 5 Januari 2012.

Secara tidak langsung, inisiatif ini telah menunjukkan bahawa KSKLPNM komited dalam menambahkan tabungan Kelab Sukan untuk mempromosikan produk berasaskan nanas. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan LPNM kerana memberikan kepercayaan penuh kepada KSKLPNM untuk menguruskan PIC Pontian.

Diharap inisiatif ini akan dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengurusan LPNM dan KSKLPNM untuk kebaikan bersama.

Tiada ulasan: