Selasa, 29 Mac 2011

Program Sambutan Maulidur Rasul 1432H dan Hari Keluarga LPNM

Program Sambutan Maulidur Rasul 1432H dan Hari Keluarga LPNM akan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM pada 15 hingga 16 April 2011 bertempat di PPTTN Alor Bukit.

Tentatif Program

15 April 2011 (Jumaat)

  • 8.30 pagi - Perhimpunan pagi
  • 9.15 pagi - Sarapan pagi
  • 9.45 pagi - Ceramah Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK)
  • 12.00 tengahari - Makan Tengahari
  • Solat Jumaat
  • 2.45 petang - Pemeriksaan kesihatan dan derma darah (anggota LPNM dan masyarakat setempat oleh Jabatan Kesihatan Daerah Pontian)
    • Rewang - Majlis Sambutan Maulidur Rasul
  • 8.00 malam - Jamuan makan
  • 8.50 malam - Majlis Sambutan Maulidur Rasul
    • Selawat
    • Ucapan oleh Y. Bhg. Tuan Ketua Pengarah LPNM
    • Ceramah Agama


16 April 2011 (Sabtu)
  • 8.00 pagi - Pendaftaran anggota dan ahli keluarga LPNM
  • 9.00 pagi - Senam robik perdana
  • 9.45 pagi - Minum pagi
  • 10.00 pagi - Pemeriksaan kesihatan dan derma darah (anggota LPNM dan keluarga oleh Jabatan Kesihatan Daerah Pontian)
  • 10.15 pagi - Acara sukaneka
    • Kanak-kanak
      • Mewarna
      • Sukaneka
    • Dewasa
      • Treasure Hunt
      • Sepak Raga Bulatan
      • Tarik Tali
      • Sukaneka
  • 12.15 tengahari - Makan tengahari dan solat Zohor
  • 2.15 petang - Sambung sukaneka
  • 4.00 petang - Lucky draw
  • 5.00 petang - Bersurai

9 ulasan:

ManJa DeSign AppaReLs berkata...

maulud knapa buat mlm?

EkiN JN berkata...

mse tuk maulud mlm mcm x sesuai tuk ktorg yg duk jauh..

Tanpa Nama berkata...

Malam pun ok what...
Tukar selera....
Alor Bukit tk jauh sangat pun..
Tahniah Kelab Sukan dan Kebajikan LPNM...
tak la asyik2 aktiviti sukan jerk
kaki bangku macam kami ni nk gak rasa duit yuran yang dibayar...

Tanpa Nama berkata...

Nak tanyer, utk Family day tu, kena datang pagi2 ke? kalu lambat mcmane, boleh daftar lagi ke?

Azron berkata...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Utk pengetahuan cik-cik yang bertanya kenapa Maulidur rasul dibuat malam, kerana sambutan maulidur rasul dianjurkan secara bersama dengan Kariah Surau Seri Menanti serta memberi lebih ruang kepada penduduk setempat untuk sama-sama memeriah majlis sambutan berkenaan.

2. LPNM jarang menganjurkan aktiviti pada waktu malam, di sini secara tidak langsung menunjukkan komitmen dan kesediaan tuan/puan terhadap sebarang aktiviti anjuran LPNM.

Terima kasih.

--> Azron
AJK Publisiti

Saiful Alry Shah berkata...

tahniah kelab sukan n rekreasi atas penganjuran ini..

ManJa DeSign AppaReLs berkata...

terima kasih atas penerangan anda En. Azron....sy cuma bertanya sahaja(mengikut soalan yg saya ajukan, tiada unsur2 perbalahan)..harap maaf yerrrr....

Tanpa Nama berkata...

semoga success penganjuran maulud dan hari keluarga Kelab Sukan LPNM..

next time boleh wat usahasama ngan qariah surau tempat lain lak ekk...

Tanpa Nama berkata...

sekadar pandangan...xde kene mengene dgn program ni.
klo blh akaun semasa kelab sukan dipaparkan setiap bln dlm blog ni.kami berhak untuk tau ke arah mana duit2 yang dipotong dari gaji kami disalurkan..walaupun xbyk yg potong, tp kami cume nk tau..