Rabu, 9 Mac 2011

Kejohanan Futsal Tertutup Lelaki Piala Ketua Pengarah LPNM dan Kejohanan Terbuka Futsal Wanita Piala Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM

Pendahuluan

Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM (KSLPNM) telah bertindak sebagai penganjur untuk Kejohanan Futsal Tertutup Lelaki Piala Ketua Pengarah LPNM dan Futsal Terbuka Wanita Piala Pengerusi LPNM. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Kelab Sukan Dan Kebajikan Anggota-Anggota Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAKSAK MOA) serta penglibatan daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani MOA.

Kategori Pertandingan dan Yuran Penyertaan

Penyertaan adalah terbuka kepada semua jabatan/agensi di bawah MOA. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 150.00 bagi setiap pasukan kategori lelaki dan RM 100.00 bagi setiap pasukan kategori wanita. Setiap agensi atau jabatan layak menghantar 3 pasukan bagi setiap kategori. Bagi kejohanan ini, sebanyak 18 pasukan terlibat untuk kategori lelaki dan 3 pasukan untuk kategori wanita. Senarai penyertaan adalah seperti berikut :

Kategori Lelaki

  1. KESUVET HQ
  2. PPNJ
  3. Jabatan Pertanian Johor
  4. LPNM A
  5. LPP HQ A
  6. LPP HQ B
  7. LPP JB
  8. LPP Pahang
  9. LPNM B
  10. PPK Kota Tinggi
  11. FAMA JB
  12. LPNM C
  13. Tekun Nasional JB
  14. KESUVET JB
  15. LPNM D
  16. MARDI
  17. RISDA Pontian
  18. UPEN JB
Kategori Wanita
  1. Jabatan Pertanian Johor
  2. LPNM
  3. MPJBT

LAPORAN AKTIVITI

Tarikh : 
6 Mac 2011 (Ahad)

Masa : 
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : 
Gelanggang Futsal Sports Prima, Jalan Sri Purnama 4, 
Kawasan Perindustrian Sri Purnama, Johor

Majlis perasmian pertandingan telah dilaksanakan pada pukul 8.45 pagi dan dirasmikan oleh Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM iaitu En Shahrom Bin Aris manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah LPNM, Tuan Haji Mahmud Bin Kasim.

Keputusan Pertandingan

Kategori Futsal Tertutup Lelaki Piala Ketua Pengarah

Johan : PPK Kota Tinggi 
Hadiah : Piala pusingan, wang tunai RM 600.00, hamper dan medal

Naib Johan : MARDI
Hadiah : Piala pusingan, wang tunai RM 400.00, hamper dan medal

Ketiga : Tekun Nasional
Hadiah : Wang tunai RM 200.00 dan medal

Keempat : UPEN JB
Hadiah : Wang tunai RM 150.00 dan medal

Kategori Futsal Terbuka Wanita Piala Pengerusi KSLPNM

Johan : MPJBT
Hadiah : Piala pusingan, wang tunai RM 400.00, hamper dan medal

Naib Johan : LPNM
Hadiah : Piala pusingan, wang tunai RM 300.00, hamper dan medal

Ketiga : Jabatan Pertanian Johor
Hadiah : Wang tunai RM 200.00 dan medal

Selain daripada 2 kategori uatama ini, pihak penganjur juga menyediakan hadiah dan cenderahati penyertaan untuk beberapa kategori lain serta aktiviti sampingan iaitu :
  1. Hadiah Pemain Veteran Terbaik
  2. Hadiah Pasukan Paling Berdisiplin
  3. Hadiah Pasukan Timbang Bola Paling Banyak (pakai kain)
  4. Hadiah Pertandingan Teka Berat Buah Nanas
  5. Cenderahati Penyertaan beg gooddies produk berasaskan nanas kepada setiap pasukan yang terlibat
  6. Cenderahati Penyertaan beg gooddies untuk pihak pengurusan Gelanggang Futsal Prima Sports
  7. Saguhati berbentuk wang tunai dan beg gooddies utnuk setiap pengadil pertandingan
  8. Pihak penganjur juga menerima tajaan hadiah berbentuk barangan daripada Pertubuhan Peladang Negeri Johor PPNJ) untuk diberikan sebagai hadiah pertandingan 




1 ulasan:

Riverstone Eco Resort berkata...

jom sertai Kreatif Survival, 3-5 Jun 2011 .. memang menarik hanya RM350. dlm: http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2011/04/jom-sertai-kreatif-survival.html