Sabtu, 26 Mac 2011

Cadangan Pertandingan Bowling Tertutup Antara Bahagian/Unit/Cawangan Negeri Tahun 2011

Pendahuluan 

Kelab Sukan LPNM merancangn untuk mengadakan satu Pertandingan Bowling Tertutup antara bahagian/unit/cawangan negeri yang melibatkan keseluruhan anggota LPNM yang berminat. Program ini akan dilaksanakan secara tahunan dan KSLPNM akan berusaha mendapatkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakannya sekaligus untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berkebolehan untuk diserapkan ke pasukan bowling LPNM LPNM bagi temasya Sukan Tani 2011

Tujuan

Tujuan pelaksanaan aktiviti ini ialah untuk :

  • Menjadikan aktiviti atau pertandingan ini sebagai salah satu program tahunan kelab
  • Memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan berpasukan di kalangan kakitamgan LPNM
  • Melahirkan pemain-pemain yang berkebolehan dalam sesuatu acara bagi mewakili LPNM dalam Sukan Tani MOA
  • Memajukan sukan bowling di kalangan pegawai dan kakitangan LPNM seluruh bahagian/unit/cawangan negeri
  • Sebagai aktiviti riadah bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental
  • Menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan aktiviti kesukanan dan kecerdasan serta menyihatkan kesihatan kakitangan kerajaan


Objektif

Objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berkebolehan untuk diserapkan ke dalam pasukan bowling LPNM ke Sukan Tani MOA 2011.

Perlaksanaan sesuatu aktiviti, riadah dan rekreasi serta pertandingan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara anggota LPNM amnya dan anggota sesama bahagian/unit/cawangan negeri khasnya serta memberi ruang kepada kakitangan LPNM untuk lebih mengenali di antara satu sama lain. Di samping itu, untuk meninigkatkan tahap kesihatan, tahap kecergasan dari segi mental dan fizikal kakitangan LPNM. Penekanan objektif ini untuk memberi kesedaran kepada kakitangan LPNM betapa pentingnya sukan bagi menjamin tahap kecergasan kakitamgam semasa bersukan ataupun semasa menjalankan tugas hakiki di lapangan.

Syarat-Syarat Dan Format Pertandingan

Satu pasukan akan diwakili seramai 4 orang pemain (bergu campuran). Syarat bergu berpasukan mestilah terdapat seorang pemain dari kakitangan perempuan. Pasukan yang tidak ada wakil dari kakitangan perempuan, kelab sukan akan membenarkan untuk diwakili oleh semua kakitangan lelaki. Jika terdapat bahagian/unit yang kecil, bahagian tersebut boleh membuat penggabungan anatara bahagian/unit/cawangan negeri bagi memenuhi syarat pertandingan. Sebagai contoh : BPHEK + ICT atau cawangan Pahang + cawangan Selangor.
  1. Pertandingan ini melibatkan sebanyak 24 pasukan (jumlah pasukan mungkin akan berubah mengikut jumlah penyertaan). Pasukan yang akan terlibat adalah seperti yang berikut :
    1. Bahagian Khidmat Pengurusan - 1
    2. Bahagian Kewangan dan Akaun - 1
    3. Bahagian Tanaman (Ibu Pejabat) - 1
    4. Bahagian Pemasaran dan Promosi - 1
    5. Bahagian Pembangunan Usahawan Tani - 1
    6. Bahagian Pembangunan Produk dan Hiliran - 1
    7. Bahagian Perancangan Dan HEK & Unit ICT - 1
    8. Bahagian Audit Dalaman & Bahagian Kejuruteraan - 1
    9. Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal - 1
    10. Bahagian Kawalselia dan Inspektorat - 1
    11. Unit Pemandu - 1
    12. Bahagian PPTTN - 3
    13. Cawangan Negeri Johor - 3
    14. Cawangan Negeri Sembilan / Melaka - 1
    15. Cawangan Negeri Selangor - 1
    16. Cawangan Negeri Pahang -1
    17. Cawangan Negeri Perak - 1
    18. Cawangan Negeri Kedah - 1
    19. Cawangan Negeri Kelantan - 1
    20. Cawangan Negeri Terengganu - 1
  2. Tempat pertandingan yang dicadangkan ialah di Pusat Bowling Danga City Mall, Johor Bahru
  3. Tarikh pertandingan ialah pada 7 Mei 2011 (Sabtu)
  4. Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00 seorang (RM 40.00 bagi setiap pasukan). Wang penyertaan hendaklah diserahkan kepada AJKK (En. Norasnawi Bin Norhayat, Bahagian Pemasaran dan Promosi) atau wakil yang akan berurusan terus dengan pihak AJK Penyelaras Pertandingan. Borang penyertaan beserta bayaran hendaklah diserahkan sebelum atau pada 15 April 2011.
  5. Segala tuntutan perjalanan atau penginapan  untuk pemain yang terlibat dengan pertandingan ini adalah di bawah kelolaan sendiri dan tidak akan ditangggung oleh KSLPNM.
  6. Kos untuk kasut bowling akan ditanggung oleh pihak Kelab Sukan tetapi peserta diwajibkan untuk membawa stokin sendiri. Sekiranya peserta membeli stokin dari pihak pusat bowling, kos tidak akan ditanggung oleh pihak KSLPNM.
  7. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 frame iaitu sebanyak 20 kali balingan. Penilaian pemenang akan dikira melalui jatuhan pin bagi kedua-dua frame yang dijalankan secara terus-menerus. Pemilihan bagi johan, naib johan, tempat ketiga dan seterusnyaadalah melalui ranking markah keseluruhan.
  8. Pemilihan bagi pemain lelaki dan wanita terbaik pula, penilaian markah adalah berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin terbanyak bagi setiap kategori.
Penyelaras Pertandingan
AJK Biro dan dibantu oleh AJKK Biro Sukan dan Rekreasi LPNM

4 ulasan:

ManJa DeSign AppaReLs berkata...

khidmat pengurusan kan ramai org..kenapa 1 team jerrrrrrr...

EkiN JN berkata...

khidmat pengurusan ramai npe just leh hntr 1 team je hek...

Tanpa Nama berkata...

cukup2 la 1 team...negeri2 pn nk men gak...

along berkata...

this is 'trial and error' yg merupakan salah satu usaha KSLPNM bagi mempelbagaikn aktvt spanjang tahun. penyertaan dari semua pihak adalah amat dialu-alukan. sy bagi pihak AJK memohon kemaafan sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak atas bbrp faktor seperti syarat-syarat pertandingn, jumlah peserta dan pasukan etc.namun kerjasama dari semua adalah amat diharapkan. HOPE EVERYTHING WILL BE IMPLEMENTED SMOOTHLY. to all players yang mewakili bahagian/unit/cawangan negeri masing2, good luck and all the best! FIGHT 4 YOUR DEPT!!! YEARRGHHHHHHH!!! =0-)