Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 bertarikh 12 Oktober 2009 telah bersetuju bahawa setiap anggota LPNM adalah secara automatik merupakan ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM. Dengan itu setiap ahli telah diputuskan untuk membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 melalui potongan gaji bulanan.
TUJUAN:
- merapatkan silaturrahim
- menjadikan program riadah ini sebagai salah satu dari aktiviti tahunan kelab.
- meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental.
- memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan semua anggota.
OBJEKTIF:
- meningkatkan tahap kesihatan dan kercerdasan.
- membuka minda semua untuk lebih terbuka.
- memperolehi kesedaran bertapa pentingnya semangat kesukanan di kalangan penjawat awam.
Aktiviti yang di jalankan bermula Mei 2010 :
1. Aktiviti Aerobik (4 kali sebulan)
Hari : Rabu/Khamis
Masa : 4 hingga 5 petang / 8 hingga 9 pagi
Lokasi : Perkarangan ibu pejabat LPNM
2. Aktiviti Permainan Bowling (terbuka untuk anggota wanita sahaja) 1 kali sebulan
Hari : Jumaat
Masa : 12.30 tengahari hingga 2.15 petang
Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Angsana JB
PESERTA YANG TERLIBAT SEPANJANG AKTIVITI:
Aerobik :
Bulan Mei
sesi pertama : 7 mei 2010 = 12 orang
sesi kedua : 14 mei 2010 = 14 orang
sesi ketiga : 21 mei 2010 = 15 orang
Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 16 orang
sesi kedua : 11 jun 2010 = 10 orang
sesi ketiga : 18 jun 2010 = 12 orang
Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 9 orang
Bowling:
Bulan Mei
sesi pertama : 14 mei 2010 = 18 orang
Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 21 orang
sesi kedua : 17 jun 2010 = 10 orang
Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 13 orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan