Jumaat, 23 Julai 2010

Pertandingan Street Soccer " 3 On 3 " Anjuran FAMA Negeri Johor Bagi Tahun 2010

STREET SOCCER 3 ON 3

Tarikh : 19 Jun 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Tapak Pasar Tani Mega Datin Halimah,
Jalan Tahana Perindustrian Larkin.

Yuran Pendaftaran : RM80.00 nett
Kategori Terbuka Lelaki (JABATAN KERAJAAN SAHAJA)

Hadiah-hadiah yang menanti pasukan yang bertanding:

JUARA : Wang Tunai RM 500.00
NAIB JUARA : Wang Tunai RM 200.00
KETIGA : Wang Tunai RM100.00



Johan




Pertandingan Bowling Antara Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Johor 2010

Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM (KSLPNM) telah menerima jemputan untuk menyertai pertandingan bowling antara jabatan anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Akautan Negara Malaysia Cawangan Johor. Penyertaan adalah terbuka kepada jabatan atau agensi kerajaan sekitar negeri Johor. Program tersebut diadakan pada 16 Jun 2010 (Rabu) bertempat di Bowling Centre, Danga City Mall, Johor Bahru bermula pada pukul 8.30 malam.


Penglibatan LPNM

KSLPNM telah menghantar wakil seramai 4 orang yang terdiri daripada :

Nama Peserta & Bahagian
  1. Tuan Haji Musliman bin Tasim (Bah. Perancangan HEK)
  2. En. Mohd Najib bin Mohd. Nasir (Bah. PPTTN)
  3. Cik Norhafizah binti Kasbi (Bah. Khidmat Pengurusan)
  4. Cik Siti Mariam binti Wagimin (Bah. Unit Kewangan)

Laporan Aktiviti


Penyertaan adalah percuma dan sebanyak 18 jabatan atau ageni yang mengambil bahagian. LPNM telah berjaya mendapat tempat keempat iaitu bagi acara berpasukan. Permainan yang dijalankan sebanyak 2 frame tersebut berakhir lebih kurang pukul 11.30 malam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak.








Kesimpulan

Pogram tournament ini memberi peluang kepada anggota-anggota jabatan kerajaan yang terbabit untuk lebih mengeratkan silaturrahim di antara satu dengan lain dan pihak ANGKASA sendiri. Di samping itu berpeluang bersama-sama terlibat dengan aktiviti riadah yang sihat, program sebegini mampu memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama serta meningktkn tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental. Aktiviti ini juga merupakan satu kaedah untuk mencari pemain yang berkebolehan bagi mewakili LPNM dalam sukan kementerian MOA akan datang.

Makluman Tentang Aktiviti Riadah Tetap (Mingguan) Kelab Sukan LPNM Tahun 2010

Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 bertarikh 12 Oktober 2009 telah bersetuju bahawa setiap anggota LPNM adalah secara automatik merupakan ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM. Dengan itu setiap ahli telah diputuskan untuk membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 melalui potongan gaji bulanan.

TUJUAN:
  • merapatkan silaturrahim
  • menjadikan program riadah ini sebagai salah satu dari aktiviti tahunan kelab.
  • meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan anggota dari segi fizikal dan mental.
  • memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan semua anggota.
OBJEKTIF:
  • meningkatkan tahap kesihatan dan kercerdasan.
  • membuka minda semua untuk lebih terbuka.
  • memperolehi kesedaran bertapa pentingnya semangat kesukanan di kalangan penjawat awam.

Aktiviti yang di jalankan bermula Mei 2010 :

1. Aktiviti Aerobik (4 kali sebulan)
Hari : Rabu/Khamis
Masa : 4 hingga 5 petang / 8 hingga 9 pagi
Lokasi : Perkarangan ibu pejabat LPNM

2. Aktiviti Permainan Bowling (terbuka untuk anggota wanita sahaja) 1 kali sebulan

Hari : Jumaat
Masa : 12.30 tengahari hingga 2.15 petang
Lokasi : Pusat Bowling, Plaza Angsana JB



PESERTA YANG TERLIBAT SEPANJANG AKTIVITI:

Aerobik :
Bulan Mei
sesi pertama : 7 mei 2010 = 12 orang
sesi kedua : 14 mei 2010 = 14 orang
sesi ketiga : 21 mei 2010 = 15 orang

Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 16 orang
sesi kedua : 11 jun 2010 = 10 orang
sesi ketiga : 18 jun 2010 = 12 orang

Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 9 orang


Bowling:
Bulan Mei
sesi pertama : 14 mei 2010 = 18 orang

Bulan Jun
sesi pertama : 4 jun 2010 = 21 orang
sesi kedua : 17 jun 2010 = 10 orang

Bulan Julai
sesi pertama : 9 julai 2010 = 13 orang

Rabu, 21 April 2010

Hubungi Kami


Anda boleh menghubungi kami melalui:

Kelab Sukan dan Kebajikan LPNM
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No.5,Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,Johor

No Tel: 07-2361211/012 / 07-2351337/587
No Faks: 07-2365694/5451
Email: umum@mpib.gov.my

Objektif

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan menjalankan kegiatan-kegiatan seperti berikut :-
  • Merapatkan perhubungan dan menambahkan persefahaman di kalangan kakitangan-kakitangan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dari semua lapisan melalui penglibatan didalam kegiatan sukan.

  • Mempergiatkan dan menambahkan minat kesukanan dikalangan ahli-ahli kelab.

  • Menjalankan kegiatan-kegiatan dan rancangan-rancangan yang difikirkan perlu untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama ahli-ahli, orang perseorangan, badan-badan yang berdaftar atau sebagainya dari segi kewangan dan moral, dengan syarat mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.

  • Merapatkan perhubungan dan persefahaman dengan badan-badan sukan yang lain melalui kegiatan-kegiatan sukan dan yang berhubung dengannya

  • Untuk menimbangkan bantuan kewangan kepada ahli-ahli yang mendapat kemalangan waktu bersukan.

  • Kelab ini tidak akan mengeluarkan bantuan kewangan seperti yang ditakrifkan dalam bahagian (2) akta pertubuhan 1966.

Logo



Logo Kelab


Penerangan :

Kelab ini akan menunjukkan logo atau lambang seperti ditafsirkan di bawah ini :-
1. Buah nanas ditengah - Lambang Jabatan
2. 5 bulatan kecil - Lambang Sukan
3. Warna:
  • Biru - Kegiatan dan aktiviti Kelab Sukan untuk menyatu padukan tiap-tiap ahli dan pencinta sukan.
  • Hijau - Kegiatan sukan dan kebajikan
  • Kuning Emas - Lambang Jabatan