Jumaat, 6 Januari 2012

Pengurusan PIC LPNM Pontian oleh Kelab Sukan dan Rekreasi LPNM

Exco Ekonomi ingin memaklumkan bahawa permohonan Kelab Sukan Dan Rekreasi LPNM (KSKLPNM) untuk menguruskan bangunan PIC Pontian telah mendapat kata persetujuan daripada pihak pengurusan LPNM merujuk kepada Mesyuarat Pagi Bil. 1 Tahun 2012 bertarikh 5 Januari 2012.

Secara tidak langsung, inisiatif ini telah menunjukkan bahawa KSKLPNM komited dalam menambahkan tabungan Kelab Sukan untuk mempromosikan produk berasaskan nanas. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan LPNM kerana memberikan kepercayaan penuh kepada KSKLPNM untuk menguruskan PIC Pontian.

Diharap inisiatif ini akan dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengurusan LPNM dan KSKLPNM untuk kebaikan bersama.

Pelantikan Jawatankuasa Baru Tahun 2011/2012

Pelantikan Jawatankuasa Baru Tahun 2011/2013 telah diadakan pada 19 September 2011 didewan IOI Parm Villa Resort dan seramai 12 orang kakitangan LPNM telah dipilih untuk mengisi jawatankuasa ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa sebelum ini kerana telah menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tempoh 2009/2011 termasuklah Sukan Tani MOA.

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa baru yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah. Semoga jawatankuasa baru akan dapat membuat penambahbaikan yang positif sepanjang tahun 2011/2013.

Berikut adalah senarai jawatankuasa baru bagi tahun 2011/2013:-

Pengerusi
Onn Abdul Shukor bin Tahiruddin

Timbalan Pengerusi
Rosmizam bin Md Yusof

Setiausaha
Mohd Esa bin Bachok

Timbalan Setiausaha
Norasikin binti Ibrahim

Bendahari
Azrizul bin Mizlan

Timbalan Bendahari
Shellie Shaprinaz binti Shaari

Exco Ekonomi
Wan Mohd Adiasrol bin Wan Hussain

Exco Komunikasi Koporat
Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof

Exco Kebajikan
Hj. Musliman bin Tasim

Exco Rekreasi
Nazaiful Azdi bin Rahman

Exco Sukan
Muhammad Fauzan bin Mohd (Lelaki)
Lizawati binti Mohd Isa (Wanita)